More
    Home Malaysia Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara berperingkat

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara berperingkat

    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kapasiti tenaga elektrik itu akan dipertingkatkan kepada 1,000 megawatt pada fasa pertama melalui kitaran turbin gas.

    Menurutnya, proses penjanaan elektrik melalui turbin gas lebih cekap dan kompetitif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan industri.

    “Hari ini saya hendak mengumumkan bahawa bekalan tenaga elektrik di akan dinaikkan hingga 1,000 megawat menerusi kitaran turbin gas.

    “Jadi fasa pertama kita akan tingkatkan tenaga elektrik kepada 1,000 megawat, manakala fasa kedua akan menjana 500 megawatt lagi pada tahun 2028, ini bermakna Bintulu akan dibekalkan tenaga elektrik 1,500 megawatt,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini pada Rabu.

    YAB Premier Sarawak menyempurnakan simbolik menggaul rendang-foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut memberitahu bahawa Bintulu akan menerokai cara baharu untuk penjanaan elektrik melalui tenaga kinetik.

    “Saya hendak mencuba cara baharu menggunakan gelombang iaitu tenaga kinetik. Kinetik bermakna alunan gelombang mobiliti.

    “Saya akan cuba di Samalaju di mana kita sudah ada jeti yang ada lebih kurang 3.5 kilometer dengan menggunakan alunan gelombang,”katanya.

    Tambah Datuk Patinggi Abang Zohari, sekiranya perkara itu berjaya maka Bintulu akan menjadi lokasi yang pertama menggunakan gelombang tenaga elektrik.

    Hadir sama dalam majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN); Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan); Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Pengerusi BDA; Dato Haidar Khan serta tetamu kenamaan lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media...

    0
    LIMBANG, 30 APRIL 2024: Umat Islam khususnya di Daerah Limbang perlu meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam terutama ketika berdepan cabaran media sosial tanpa batas...