More
    Home Malaysia 'Ruai Sarawak' pertama di MWC24 Barcelona pamerkan Agena Ekonomi Digital Sarawak

    ‘Ruai Sarawak’ pertama di MWC24 Barcelona pamerkan Agena Ekonomi Digital Sarawak

    BARCELONA, 27 FEBRUARI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mempamerkan agenda ekonomi digitalnya di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) di Barcelona, Sepanyol melalui pelancaran ‘Ruai Sarawak’.

    Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak (MUT) dalam satu kenyataan media pada Isnin memberitahu, Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi telah mengetuai delegasi Sarawak ke MWC24 bermula 25 Februari lalu.

    Katanya, kehadiran Sarawak membuktikan komitmen kerajaan untuk merangsang inovasi dan memanfaatkan teknologi dalam menghadapi cabaran dan peluang era digital.

    “Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam MWC24, platform yang menghimpunkan para inovator, peneraju pemikiran dan pakar industri dari seluruh dunia.

    “Kehadiran Sarawak di MWC ini menggariskan komitmen kita untuk memacu inovasi dan memanfaatkan teknologi dalam menangani cabaran dan peluang era digital. Ia juga penting untuk rancangan dan inisiatif pembangunan Sarawak dapat dilihat secara global,” kata kenyataan itu.

    Dato Sri Julaihi Narawi merasmi dan melancarkan Ruai Sarawak pada Kongres MWC 2024

    Kenyataan sama menambah, Dato Sri Julaihi telah melancarkan gerai Sarawak, juga dikenali sebagai Ruai Sarawak yang mempamerkan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak yang digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

    Katanya, pada masa sama, Ruai Sarawak juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan peluang pelaburan sejajar dengan agenda digital Sarawak.

    “Dengan memberi tumpuan kepada inisiatif digital dan penyelesaian mampan, Sarawak menyasarkan untuk meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam ekosistem teknologi mudah alih di Malaysia dan di peringkat global,” tambahnya.

    Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak; Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha Kewangan Sarawak; Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap MUT; Jafri Lias dan pegawai-pegawai kerajaan lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...