More
    Home Sarawak Kuching Tujuh kesalahan utama akan diberikan notis mahkamah sepanjang Ops Selamat sempena hari...

    Tujuh kesalahan utama akan diberikan notis mahkamah sepanjang Ops Selamat sempena hari raya-Hasbi

    KUCHING, 20 APRIL 2023 (SNN): Sepanjang kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengenakan sebarang kompaun kepada pengguna jalan raya.

    Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, JPJ telah menguatkuasakan tujuh kesalahan utama yang tidak dibenarkan kompaun sepanjang kempen ini berlangsung.

    Jelasnya, sekiranya pengguna jalan raya melanggar peraturan yang telah disenaraikan akan terus dihantar ke mahkamah.

    Antara tujuh kesalahan yang disenaraikan adalah memotong barisan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, penggunaan telifon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

    Tegasnya, pengguna jalan raya harus peka ketika memandu agar tidak melanggar sebarang kesalahan yang boleh mengundang padah kepada diri mereka sendiri.

    Bercakap mengenai hasrat kerajaan negeri menubuhkan syarikat penerbangan butik, Hasbi menjelaskan syarikat penerbangan terbabit adalah harapan warga Sarawak bagi menangani masalah kos tiket penerbangan yang tinggi antara Semenanjung ke Sarawak dan Sabah.

    “Secara principal cadangan itu sudahpun lulus susulan perkara itu sudahpun dibincangkan di peringkat kabinet,” ujarnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...