More
    Home Sarawak Kuching Pemandu 4x4 maut rempuh lori penyelenggaraan di Jalan Airport Kuching

    Pemandu 4×4 maut rempuh lori penyelenggaraan di Jalan Airport Kuching

    KUCHING, 9 OKTOBER 2022 (SNN): Seorang lelaki maut apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu merempuh belakang sebuah lori yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Jalan Lapangan Terbang Kuching tengah malam tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam.

    Menurutnya, akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa yang maut berusia 48 tahun itu tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah.

    Pasukan Bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa namun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

    Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Manakala pekerja-pekerja penyelenggaraan jalan di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...