More

    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan sejak beberapa hari yang lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang meninjau keadaan serta menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

    Beliau yang hadir pada Khamis itu bertujuan bagi memastikan setiap mangsa dalam keadaan selesa dan selamat serta kebajikan mereka dijaga baik oleh petugas di PPS tersebut.

    Dato Idris sempat mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan berkenaan situasi banjir serta jumlah mangsa yang terkini ditempatkan di PPS Samarahan.

    Selepas selesai beramah mesra dengan mangsa banjir sekaligus menyerahkan bantuan makanan asas beliau sempat menasihati mereka agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ekoran pandemik itu kembali menyerang di kawasan ini.

    Ujarnya, penambahan mangsa banjir akan meningkat sekiranya cuaca buruk berterusan dan ditambah dengan fenomena air pasang besar.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Sarawak tingkatkan prestasi akademik pelajar di negeri...

    0
    BARAM, 04 DISEMBER 2024: Kerajaan Sarawak komited dalam meningkatkan prestasi akademik para pelajar di negeri ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah dirancang, demikian...