535 Pelajar IPT di Sarawak Telah Dihantar Pulang

0
383
Penghantaran pulang pelajar-pelajar UNIMAS ke kampung halaman masing-masing di seluruh Sarawak.

KOTA SAMARAHAN, 3 Mei 2020 (SNN) : Seramai 535 orang pelajar IPT di Sarawak telah dihantar pulang ke destinasi masing-masing dalam dua hari ini.

Menurut kenyataan rasmi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), proses penghantaran pulang pelajar pada hari pertama iaitu 1 Mei melibatkan 465 orang pelajar manakala semalam melibatkan seramai 70 orang pelajar telah dihantar pulang.

Dari jumlah tersebut, 278 orang pelajar dihantar pulang menggunakan pengangkutan udara menuju ke destinasi ke Semenanjung Malaysia. Manakala baki seramai 257 orang lagi menggunakan pengangkutan darat ke destinasi seperti Miri, Bintulu, Sarikei dan Betong.

UNIMAS bertindak sebagai Koordinator untuk menyelaras pengangkutan bagi program menghantar pulang pelajar-pelajar IPT di Sarawak ke bahagian-bahagian dalam Sarawak/ Sabah dan Semenanjung Malaysia, selepas mereka menetap di dalam kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula sejak 18 Mac 2020.

Sebelum dibenarkan menyertai program penghantaran pulang, pelajar akan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu manakala beg-beg yang dibawa juga disanitasi sebelum dibawa masuk ke dalam pengangkutan yang disediakan.

Proses penghantaran pulang pelajar-pelajar turut mendapat bantuan dan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membantu mensanitasikan bas sebelum pelajar memasuki bas yang disediakan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang membantu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti amalan penjarakkan sosial dan pemakaian topeng mulut dan hidung dipatuhi sepanjang masa.

Selain itu, sepanjang perjalanan pulang, pelajar-pelajar akan ditemani oleh seorang Pegawai Perhubungan UNIMAS dan dua orang pemandu bas yang ditugaskan mengikuti perjalanan terbabit sehingga ke destinasi yang dituju. Pelajar-pelajar berkenaan juga tidak dibenarkan melakukan sebarang perubahan tempat duduk di dalam bas atau mengubah laluan destinasi asal mereka.

Pelajar juga diingatkan untuk sentiasa membersihkan tangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here