237 orang dirai di Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS

0
1218
Penerima Anugerah bergambar kenangan bersama tetamu jemputan yang lain

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac 2019 (SNN) : 237 orang dirai di Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS pada hari ini. Seperti tahun sebelumnya, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi mengadakan Majlis Anugerah Gemilang (MAGU) yang merupakan majlis yang berprestij bagi meraikan staf atas kecemerlangan dan khidmat bakti mereka di universiti selama ini.

Tema MAGU kali ini masih Teguh Bersama / Stronger Together dan menyaksikan pengiktirafan kepada 162 orang staf yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 atas prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang tahun lepas.

Selain itu, 25 orang staf lagi telah diberi Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) 2018 yang telah berkhidmat di UNIMAS selama dua puluh tahun dan 19 orang menerima sijil penghargaan persaraan.

Pengiktirafan ini turut diberikan kerana pencapaian yang cemerlang di peringkat kebangsaan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pentadbiran serta aspek inovasi kepada individu mahupun secara berkumpulan.

Manakala, para pensyarah turut dianugerahkan dalam lapan (8) kategori Anugerah Akademik dan lima (5) anugerah pengurusan dianugerahkan kepada staf bukan akademik. Selain itu empat (4) anugerah sukan turut diberikan kepada staf yang cemerlang dalam bidang sukan.

Anugerah Akademik termasuklah  Anugerah Kumulatif Tertinggi Penerbitan dalam Jurnal Berimpak untuk kategori Sains dan Teknologi diberikan kepada  Dr Chai Chee See, Dr Yuwana Podin, dan Dr Tay Kai Meng manakala untuk kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan, pemenangnya ialah Dr Lee Nung Kiong, Dr Goy Siew Ching dan Profesor Madya Dr Shahren bin Ahmad Zaidi Adruce. Bagi Anugerah Penerbitan pula dimenangi oleh Dr Aida Shafreena binti Ahmad Puad. Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk dimenangi oleh Profesor Madya Dr Saiful Bahari bin Mohd Yusoff.

Seterusnya penerima Anugerah Pengajaran ialah Profesor Madya Dr Fitri Suraya binti Mohamad Hapni Joblie, diikuti oleh Anugerah Seni dan Kreativiti diterima oleh Dr Yakup bin Rafee. Untuk Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) pula Dr Dayang Hanani binti Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra binti Musa adalah penerimanya dan Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif ( Teradun) disandang oleh Puan Syaryfah Fazidawaty bin Wan Busrah.

Dari kiri ke kanan: Sharen, Nadianatra, Dayang Hasnani (Gambar Hasnani)

Selain itu dalam MAGU kali ini Anugerah ICT Pengurusan dianugerahkan kepada pembangun sistem Modul ACADS iaitu Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik. Manakala Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) merangkuli Anugerah Webometrics (Bukan Akademik) dan Fakulti Kejuruteraan untuk kategori akademik.

Selain itu antara penerima anugerah Pengurusan adalah seperti berikut:

1.         Anugerah Kepemimpinan Pengurusan dan Profesional; Puan Dayang Nor Hajijah Awang Daud

2.         Anugerah Kepemimpinan Pelaksana: Encik Othman Bin Yusof

3.         Anugerah Staf Harapan Pengurusan dan Profesional: Encik Thomas anak Lamada

4.         Anugerah Staf Harapan Pelaksana: Encik Abu Bakar bin Musa Brahim

Manakala Anugerah Kecemerlangan Sukan turut diberikan kepada En Zamaludin bin Karim, diikuti oleh Anugerah Galakan Sukan diterima oleh Encik Mohamad Afif Zulhusmi bin Alet dan Cik Nor Azizah binti Isa.

Anugerah penghargaan pelaksana, anugerah kecemerlangan sukan (berpasukan), dan sijil penghargaan MAGU 2019 turut disampaikan kepada individu/kumpulan yang layak sebagai tanda sokongan pihak universiti.

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis bersejarah ini ialah YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, ahli lembaga Pengarah UNIMAS, barisan pengurusan tertinggi UNIMAS ahli Majlis Dekan serta penerima-penerima anugerah dan staf UNIMAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here