More
    Home 193 kes baharu dikesan, satu kematian dan enam kluster baharu direkodkan di...

    193 kes baharu dikesan, satu kematian dan enam kluster baharu direkodkan di Sarawak hari ini.

    KUCHING, 16 FEBRUARI 2021 (SNN) : Terdapat 193 kes baharu direkodkan hari ini dengan satu kes kematian baharu di Hospital Sibu menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 7,025 kes dan kes kematian meningkat kepada 62 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media memberitahu, kes baharu yang dikesan pada hari ini mengikut pecahan daerah ialah Sibu (105 kes), Samarahan (19 kes), Kuching (17 kes), Kapit (17 kes), Bintulu (12 kes), Beluru (7 kes), Julau (6 kes), Song (3 kes), Dalat (3 kes), Miri (2 kes), dan Bau (2 kes).

    Manakala kes kematian ke-62 pula melibatkan seorang wanita warganegara tempatan berusia 83 tahun yang berasal dari Nanga Banjor, Song sedang menerima rawatan di Hospital Sibu sejak disahkan positif pada 25 Januari 2020. Kes mempunyai sejarah penyakit kronik (darah tinggi dan kencing manis).

    Pada hari ini juga, JPBN mengumumkan enam kluster baharu iaitu Kluster Univista, Samarahan (44 kes) [melibatkan kawasan Kampung Muara Tuang; Taman Univista; Taman Semarak], Kluster Geronggang, Sibu (41 kes), Kluster Mas Merah, Sibu (10 kes), Kluster Kampung Sg Maong, Kuching (18 kes), Kluster Gelong, Kapit (14 kes) dan Kluster Kidurong Dua, Bintulu (12 kes).

    Bahagian Samarahan hari ini telah bertukar status ke Zon Merah selepas mencatatkan 57 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari manakala Kuching kembali ke Zon Jingga selepas 28 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh yang sama.

    Kenyataan media JPBN 16 Februari 2021

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    0
    KUCHING, 20 FEBRUARI 2025:Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai. Inisiatif tersebut dijalankan dengan...