10 perkara tidak diduga tentang Melayu Singapura

0
1705
Sebuah keluarga profesional Melayu Singapura

SINGAPURA, 9 Jun 219 (SNN) –Terdapat 10 perkara tidak diduga tentang Melayu Singapura untuk mendapat gambaran secara umum.  Melayu Singapura merupakan penduduk asal sebuah pulau tetapi kini menjadi warga sebuah negara imigran (immigrant-nation) seperti United States of America, Australia, New Zealand dan Canada.

Ada sejarawan Melayu mengatakan bahawa satu malapetaka telah menimpa dunia Melayu pada tahun 1819, genap 200 tahun dahulu pada tahun ini. Pada tahun itu sebuah pulau Singapura di Arkipelago Melayu dirampas oleh Stamford Raffles, seorang penjajah British.

Kedudukan Melayu Singapura sebagai masyarakat peribumi asal tetapi sekarang merupakan warga negara sebuah immigrant-nationdan bukan indigenous-nationdi Arkipelago Melayu.  Terdapat 10 perkara yang boleh menarik perhatian kita.

1.  Asal-Usul Singapura

Dari segi sejarah asal-usul Singapura adalah sebuah pulau takluk Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor sehingga dirampas oleh penjajah Stamford Raffles pada tahun 1819.  Tahun 2019, Singapura, merayakan Ulang Tahun Ke-200 Singapura moden.

2.  Nama asal adalah Temasek

Nama asal pulau ini adalah Temasek, pulau dalam tasik (lautan), kemudian ditukar menjadi SINGAPURA oleh Sang Nila Utama yang menggabungkan nama raja binatang, SINGA dengan perkataan Sankrit, “PURA” bererti “negeri” atau “bandar”.  SINGAPORE, boleh juga kerana ada perkataan Sanskrit, ORE seperti nama bandar LAHORE, BANGLORE.  Gelaran dalam Bahasa Inggeris yang baharu dicipta pula adalah MERLION, gabungan MERMAID dan LION.

3.  13.3% penduduk Singapura

Melayu Singapura kini merupakan 13.3% daripada penduduk Singapura; 74.3% China, 9.1% India dan Lain 3.3%  Kedudukan mereka serupa dengan Orang Asal di Australia, New Zealand, USA dan Canada; semuanya merupakan “immigrant-nation”.

4.  Dua orang Melayu pernah dilantik sebagai Presiden

Wang kertas Singapura Dollar dengan wajah Yusuf Ishak. Gambar: SNN

Presiden Singapura yang pertama adalah Yang Terhormat Yusuf Ishak (1963) dan sekarang adalah seorang wanita Melayu, Yang Terhormat Puan Halimah Yacob, seorang peguam, dilantik pada tahun 2018.  Gambar Yusuf Ishak diabadikan dalam wang kertas.

5.  Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan Singapura adalah Bahasa Melayu dan lagu kebangsaan juga dalam Bahasa Melayu, Majulah Singapurayang kurang difahami oleh generasi muda.

6.  Dari kampung ke rumah pangsa dan kondominium

Kampung asal Melayu tidak lagi kelihatan hanya tinggal nama jalan raya. Masyarakat Melayu telah dipindah ke berbagai-bagai di rancangan rumah pangsa.  Segelintir golongan profesional tinggal di kondominium mewah.

7.  Kemunculan golongan profesional

Raya di kondominium seorang jurutera dan peguam. Gambar: SNN

Bagaimanapun Melayu Singapura telah mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan; ramai berkelulusan universiti; segelintir menjadi profesional seperti doktor perubatan, peguam, akauntan, arkitek, pereka dan konsultan.

8.   Pengurusan masjid terbaik

Melayu Singapura kini terkenal dan kecemerlangan dengan sistem pengurusan masjid moden dan progresif.  Ramai di kalangan imam masjid terdiri graduan universiti, termasuk dalam bidang sains, yang telah dihantar belajar ke luar negara untuk mendalami ilmu agama Islam.

9.  Geylang, kawasan kebudayaan Melayu

Geylang, sebuah kawasan kebudayaan Melayu dihias setiap bulan Ramadan dan Syawal. Gambar: SNN

Geylang, sebuah kawasan masyarakat Melayu masa dahulu, kini diiktiraf secara rasmi sebagai kawasan kebudayaan Melayu, khususnya semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Ramadan dan Syawal.

10.  Menjadi imigran pula

Terdapat orang Melayu Singapura yang telah berpindah ke negara lain seperti Malaysia, Australia dan Canada yang lebih digemari; menjadi imigran pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here