More
    Home Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli melawat Sarawak

    Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli melawat Sarawak

    KUCHING, 24 APRIL 2019 (SNN) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong akan mencemar duli membuat lawatan kerja ke Sarawak dari 25 April hingga 26 April 2019.  Memandangkan Baginda baharu sahaja dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019, keberangkatan Baginda ini memeranjatkan rakyat walaupun tetap menjunjung kasih.  Ini merupakan lawatan kerja sahaja.

    Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh SNN, Baginda dan Raja Permaisuri akan mempunyai program bersama dan ada juga program berasingan.  Dokumen tersebut menyatakan bahawa Baginda dan Raja Permaisuri dijangka tiba pada jam 11:00 pagi dengan sebuah pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.  Baginda dan Raja Permaisuri akan disambut oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak serta Yang Amat Berbahagian Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak serta Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

    INDIA STREET

    Pada sebelah petang Baginda dan Raja Permaisuri akan mencemar duli melawat India Street Pedesterian Mall dan Tebingan Sungai Sarawak.  Selepas itu mereka akan menikmati santapan petang di James Brooke Bistro and Cafe.  Baginda dan Raja Permaisuri akan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Waterfront Hotel yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri dan orang-orang kenamaan negeri Sarawak.  Selepas itu Baginda dan Raja Permaisuri akan berangkat ke Tebingan Sungai Sarawak untuk menyaksikan Musical Fountain.

    RANEE BROOKE MUSEUM

    Pada keesokan pagi Baginda akan berangkat ke Sembah Taklimat oleh Majlis Islam Sarawak di Kompleks Islam Sarawak.  Kemudian Baginda akan menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Darul Hana.  Manakala Raja Permaisuri akan berkunjung ke Ranee Brooke Museum, pameran kraftangan dan masakan tradisi.

    Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang pada sebelah petang, 26 April 2019.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...