More
    Home Yang Di Pertua Negeri Sarawak hulur bantuan kepada petugas barisan hadapan

    Yang Di Pertua Negeri Sarawak hulur bantuan kepada petugas barisan hadapan

    KUCHING, 11 OKTOBER 2020 (SNN) : Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Perua Negeri Sarawak Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud serahkan sumbangan kepada 32 agensi termasuk pasukan barisan hadapan semasa Majlis Jamuan Teh Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-84 di sini, hari ini.

    Setiap agensi menerima sumbangan bernilai RM5,000 termasuk mereka yang terlibat dalam tugas memerangi pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac lalu.

    TYT memotong pulut kuning sebagai simbolik perayaan hari lahir yang ke-84

    Terdahulu TYT turut menyempurnakan Upacara Pemotongan Pulut Kuning sebagai tanda meraikan Perayaan Hari Lahir beliau yang Ke-84.

    Turut mengiringi beluai semasa majlis Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing serta isteri, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta tetamu kehormat yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...