Bingkisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai kegemaran iaitu tentang makanan, pastinya semua ada kegemaran makanan masing-masing. Jom kita telusuri antara Borneo dan Pantai Timur. Dalam suasana fenomena dan hikmahnya fenomena akhirnya mendunia sehingga wujud alternatif bagi survival dalam kehidupan terutama nafkah pencarian.
Kali ini saya berkongsi makanan khas pantai timur yang popular seperti keropok lekor, nasi dagang dan lain-lain.Hampir sepanjang saya berhijrah di Terengganu, insyallah pasti akan bertemu dengan kedai-kedai kecil di tepi jalan sehingga kedai besar secara komersial dalam memperkenalkan ciri khas makanan pantai timur terutama keropok lekor. Ini juga menjadi tarikan saya cuba menerokai keunikan dan kadang-kadang saya memberi kredit kepada semua pengusaha keropok lekor sehingga fasa fenomena covid melanda di negeri kita termasuk di pantai timur.
Ada juga yang menarik, penampilan mengubah keropok lekor daripada goreng atau rebus telah ditambah dengan gaya moden seakan-akan mengikut cara Barat supaya selari dengan era terkini agar dapat bersaing dengan makanan masa kini.
Apa yang menariknya juga ada sebahagian yang membuat perbandingan antara kerepok lekor asal pantai timur kelihatan padat atau mantap dengan yang dikomersialkan di tempat lain seakan-kan berbeza sedikit walaupun asal penjual daripada pantai timur yang berhijrah ke tempat lain jauh dari kampung halaman mereka masing-masing. Secara peribadi saya tidak menyebut secara khusus beberapa tempat penjualan keropok lekor, kerana bagi saya semua adalah ciri khas penjual dan peniaga masing-masing, mungkin secara subjektif sukar untuk menentukan mana yang terbaik.
Pastinya ada peminat dan pelanggan masing-masing yang berkunjung ke beberapa tempat seperti di Kuala Terengganu, Dungun, Besut, Kemaman dan lain-lain. Ada beberapa informan daripada yang saya tanya keropok lekor yang terbaik mungkin dari pembuatan dari ikan yang terbaik, jumlah ikan melebihi adunan tepung, penyediaan, pemprosesan. Sebaliknya jika dibandingkan di Sarawak pula hampir sama seperti Kek Lapis Sarawak yang kian berkembang dengan pesat sehingga pengusaha dan pembuatan menarik dengan tuntutan zaman.
Semoga bingkisan ini menjadi perkongsian yang bermanfaat agar kita dalam senada seirama walaupun merentas wilayah , daerah, budaya dan sebagainya. Sekian.