More
    Home Sarawak Betong Usah bimbang untuk sambung pengajian-Razi Sitam

    Usah bimbang untuk sambung pengajian-Razi Sitam

    BETONG, 12 JULAI 2020 (SNN) : Pelajar yang mendapat tawaran menyambung pengajian diseru agar tidak menolak tawaran tersebut walaupun wujud kebimbangan dengan situasi pada masa sekarang akibat penularan wabak Covid-19.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Razi Sitam, berkata, pandemik covid-19 telah menjejaskan banyak sektor terutama ekonomi global dan turut menjejaskan peluang pekerjaan secara tidak langsung.

    “Namun begitu, kita berharap agar para pelajar tidak usah khuatir untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mendapat tawaran kerana keadaan ini beransur pulih,” katanya semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM dan Matrikulasi di Sekolah Rendah Datuk Bandar Hamid Debak, Betong pada jumaat.

    Gambar: Sekitar majlis penghargaan kepada pelajar cemerlang di SK Datuk Bandar Hamid Debak

    Tambahnya, beliau berharap ibu bapa sentiasa memberi sokongan kepada pelajar sebagai dorongan mencapai kejayaan. Razi turut menzahirkan penghargaan kepada Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak atas usaha meneruskan program sedemikian sebagai memberi galakan dan semangat kepada pelajar.-Sumber Ukas.Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...