More
    Home Sarawak Samarahan UNIMAS menandatangani MoU bersama Universiti Kurume, Jepun untuk Pendidikan dan Penyelidikan

    UNIMAS menandatangani MoU bersama Universiti Kurume, Jepun untuk Pendidikan dan Penyelidikan

    KOTA SAMARAHAN, 8 Mac 2019 (SNN) – UNIMAS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kurume, Jepun hari ini. Majlis menandatangani MoU tersebut telah berlangsung di Staff Lounge, Rumah Universiti, UNIMAS, Kota Samarahan.

    MoU ini merupakan simbolik kepada kerjasama di antara dua institusi pendidikan ini terutama dalam penyelidikan, latihan, pertukaran pelajar serta kakitangan. Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat dalam hal-hal pertukaran penerbitan, laporan saintifik, bahan-bahan akademik serta kegiatan dan aktiviti yang berkaitan.

    UNIMAS telah diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim manakala Universiti Kureme diwakili oleh Presiden Universiti Kurume, Encik Kensei Nagata. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit, dan Penasihat Khas kepada Presiden untuk Hubungan Antarabangsa dan Perkongsian Serantau, Profesor Eiji Ohyano.

    MoU di antara UNIMAS dan Universiti Kurume ini adalah usaha untuk mewujudkan rakan kerjasama, termasuk dalam latihan pakar perubatan untuk melengkapi keperluan masa depan hospital UNIMAS yang terletak berhampiran dengan Kampus UNIMAS di Kota Samarahan.

    Sesi menandatangani dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim (dua dari kiri) dan Presiden Universiti Kurume, Encik Kensei Nagata (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit (kiri) serta Profesor Eiji Ohyano (kanan) di Rumah Universiti, UNIMAS, Kota Samarahan.

    UNIMAS mengalu-alukan penyertaan industri dan institusi tempatan dan asing dalam kerjasama pengajaran dan penyelidikan atau apa-apa bentuk sokongan kewangan ke arah pengajaran atau dana penyelidikan universiti.

    Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS akan terus menyumbang ke arah menghasilkan graduan yang berwibawa untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat melalui kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pensyarah Misi Khas Presiden, Pusat Perhubungan Masyarakat Ai Matsushita dan Tetsuo Fujii dari Kurume University.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...