KOTA SAMARAHAN, 01 November 2019 (SNN): Festival Konvokesyen (ConFest) 2019 telah berlangsung bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak ke-23 pada 28-30 Oktober 2019 yang lalu. Pelbagai program dan aktiviti menarik telah dianjurkan dan salah satunya ialah Ultimate Strength Challenge (Arm Wrestling) yang berlangsung pada 28-29 Oktober 2019 yang lepas.
Program ini merupakan anjuran Exco Sukan, Kesihatan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS dengan kerjasama ConFest dan juga Sarawak Armwrestling Association (SASA Sarawak). Perkhidmatan pengadil dan juga alatan gusti lengan telah disediakan oleh pihak SASA Sarawak.
Objektif utama program adalah untuk menggalakkan penglibatan secara aktif para pelajar dari dalam mahupun luar UNIMAS untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Hadiah berupa wang tunai, medal dan juga sijil diberikan kepada para peserta yang bertanding. Johan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, naib johan sebanyak RM200 dan tempat ketiga sebanyak RM100. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan untuk pelajar UNIMAS dan satu kategori khusus untuk orang awam.
Johan kategori lelaki 75kg ke atas dimenangi oleh Mohamad Hazmy Azreen bin Mohd Zaki, naib johan dimenangi oleh Wan Mohamad Azizi bin Wan Hassim dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhammad Naim bin Moaszamree.
Johan kategori lelaki 75kg ke bawah telah dimenangi oleh Randy bin Christopher, naib johan dimenangi oleh Mohd Shahrizal Nohhi dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Joenarry Elvis Nicky Anak Jalal.
Johan kategori perempuan 70kg ke atas telah dimenangi oleh Nurul Farhana Kazdi, naib johan dimenangi oleh Nur Fatin Nabilah binti Abdul Rahman dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Syakirah Syakinah Jaafar.
Johan kategori perempuan 70kg ke bawah dimenangi oleh Zaheen Zulaikha Zainal, naib johan dimenangi oleh Tun Arissa Tun Kamarul dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Marjorie Umban Anak Robert.
Johan kategori lelaki terbuka (orang awam) telah dimenangi oleh Mohd Nor Shyefful Hafiz Duan dari Sabah, naib johan dimenangi oleh Ronald Burat dari Sarawak dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Jong Chi Joon dari Sarawak.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para peserta telah dirasmikan oleh Encik Nasriman bin Abdul Rahman, Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan dihadiri oleh Encik Matthew Barin, Presiden SASA Sarawak.