More
    Home Sarawak Kuching TYT dan Premier Sarawak hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek...

    TYT dan Premier Sarawak hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak

    KUCHING, 22 APRIL 2023 (SNN): Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini pada Sabtu.

    Ketibaan beliau beserta rombongan di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak kira-kira pada jam 8 pagi itu disambut meriah oleh jemaah yang turut hadir bersama.

    Turut menyertai solat sunat Aidilfitri tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan jemaah-jemaah lain.

    Solat sunat Aidilfitri itu dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Datu Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

    Sementara itu, Tun Pehin Sri Abdul Taib serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dijangka akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak pada hari ini bermula jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.

    Manakala Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang juga turut akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula jam 10.30 pagi hingga 4 petang ini.

    Orang ramai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama adalah dijemput bagi menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan bagi meraikan kemuliaan hari raya disamping mengeratkan hubungan antara kaum.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...