BELAGA, 07 FEBRUARI 2021 (SNN) : Tiga lagi rumah panjang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan Rumah Panjang Sekapan Panjang, Rumah Panjang Uma Badeng Long Dungan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Airport bermula Sabtu selepas peningkatan kes positif Covid-19 di Daerah Belaga dalam tempoh 14 hari.
Keputusan pelaksanaan PKP itu dibuat selepas Mesyuarat Penyelarasan dan Tindakan Menghadapi Pandemik Covid-19 pada semalam dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta RELA diarahkan untuk menjalankan sekatan di hadapan SMK Belaga berkuatkuasa 6 Februari 2021.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Belaga menasihatkan agar penduduk kawasan berkenaan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya bersama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Sejak semalam Daerah Belaga terus mencatat peningkatan kes positif Covid-19 dengan semalam empat kes positif covid-19 direkodkan termasuk satu kes baharu.-SUMBER UKAS.