More
    Home Sarawak Kuching TGM SABERKAS KE-17: Dato Sri Abdul Karim Dilantik Semula Sebagai Presiden SABERKAS

    TGM SABERKAS KE-17: Dato Sri Abdul Karim Dilantik Semula Sebagai Presiden SABERKAS

    KUCHING, 06 DISEMBER 2023 (SNN): Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) meruapakan salah satu platform melahirkan pemimpin yang boleh menentukan hala tuju negeri dalam tempoh 50 tahun akan datang.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya yang dibacakan oleh Presiden SABERKAS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, penubuhan Saberkas sejak setengah abad yang lalu telah terbukti berjaya melahirkan banyak golongan belia yang berpotensi menjadi pemimpin dalam membangunkan Sarawak.

    “Penubuhannya adalah satu idea yang sangat cemerlang dan pragmatik dalam usaha kerajaan negeri ini mengembleng tenaga, minat dan kecenderungan anak muda Sarawak yang melibatkan perkara bermanfaat serta menjerumus kepada pengukuhan perpaduan negeri.

    “Keaktifan Saberkas yang merentasi pelbagai kaum, kepercayaan, anutan agama mahupun fahaman politik berjaya menjadikannya sebagai sosok utama pilihan para belia dan masayarakat dalam aktiviti berpersatuan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tritahunan Saberkas ke-17 di Hotel Pullman, pada Selasa.

    Dato Sri Abdul Karim Hamzah merakam gambar bersama seluruh warga Saberkas yang hadir pada TGM kali ini-foto UKAS

    TGM Saberkas kali ini menyaksikan sekali lagi Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah telah dilantik semula sebagai Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) bagi sesi 2023 hingga 2026.

    Manakala, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi yang sebelum ini dipegang oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

    Dalam pada itu, empat calon menggalas jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini iaitu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dengan 246 undi serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee dengan 230 undi.

    Mereka diikuti oleh ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau dan ADUN Serembu, Miro Simuh yang masing-masing mendapat 196 undi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...