SEBUYAU, 14 APRIL 2021 (SNN) : Penduduk di Kampung Sangki Melayu, Sebuyau akan mendapat sebuah surau baharu menerusi pelaksanaan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.
Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek bina baharu surau di kampung terbabit menelan kos dana sebanyak RM300,000 dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Di majlis yang lain, Datuk Julaihi turut berkesempatan meninjau perkembangan projek di bawah projek RTP iaitu naiktaraf Masjid Baharu Sebuyau termasuk menukar semula atap masjid yang kini sedang giat dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, beliau turut sempat mengadakan satu majlis kecil iaitu simbolik penyerahan bantuan tong penyembur racun kepada 73 orang penerima daripada Unit Peladang Kqmpung Sebuyau.