More
    Home Songket Keringkam Sarawak Bakal Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

    Songket Keringkam Sarawak Bakal Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

    KUCHING, 28 April 2019 (SNN)-  Songket Keringkam Sarawak bakal diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sarawak menyambut baik pencalonan Songket Keringkam Sarawak untuk mendapat pengiktirafan UNESCO di bawah Representative List Convention 2003.Pencalonan tersebut adalah inisiatif daripada Jabatan Warisan Negara dan dibantu oleh Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia, Kuching.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri melihat Songket Keringkam adalah sebahagian daripada warisan negeri Sarawak yang mempunyai sejarah turun temurun daripada masyarakat setempat. 

    Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Jabatan Warisan Negara di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, baru-baru ini. Beliau berkata, songket dan keringkam berpotensi untuk mendapat pengiktirafan dunia tersebut kerana nilai-nilai seni budaya yang dipaparkan dalam songket keringkam tersebut mempunyai impak-impak yang sangat tinggi kepada masyarakat setempat. Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri komited untuk membantu masyarakat dan industri Songket Keringkam Sarawak untuk terus maju dan diperkenalkan serta dipromosikan ke peringkat tempatan serta ke luar negara.

    Beliau menjelaskan melalui jawatankuasa yang telah ditubuhkan kerajaan negeri bersedia untuk menyuntik dana bagi memajukan industri songket di samping untuk memperkenalkan motif-motif dan juga reka bentuk songket yang mempunyai ciri-ciri pribumi. Songket Keringkam Sarawak juga mempunyai ciri-ciri yang berlainan corak daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

    Bagi tujuan tersebut industri Songket Keringkam akan dibangunkan dengan memberi latihan dan kemahiran songket kepada penggiat-penggiat Songket Keringkam tempatan dan kepada anak-anak Sarawak yang berminat untuk berkecimpung dan memajukan diri dalam industri Songket Keringkam, katanya.

    Kerjasama Centre of Technical Excellence (CENTEXS) dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dengan pihak UNIMAS, Institut Perguruan kampus Tun Abd Razak Samarahan, akan bertangungjawab dalam menyediakan latihan kepada komuniti dan pengusaha songket Sarawak dalam memartabatkan Songket Keringkam Sarawak. Ia diperluaskan melalui program latihan teknikal tenunan songket dan sulaman keringkam di CENTEXS dan pusat tenunan yang lainnya.

    Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia, Kuching akan terus mempromosi maklumat dan keistimewaan songket keringkam ke peringkat antarabangsa.

    Songket Keringkam Sarawak akan dicalonkan untuk mendapat pengiktirafan UNESCO di bawah Representative List Convention 2003

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...