More
    Home Silat Melayu, Warisan Yang Perlu Dimartabatkan Oleh Anak Muda

    Silat Melayu, Warisan Yang Perlu Dimartabatkan Oleh Anak Muda

    KUCHING, 21 Oktober 2019 (SNN): Usaha ke arah memartabatkan budaya sesebuah kaum di Sarawak, tidak seharusnya menjadi penyebab kepada tercetusnya perbalahan di antara satu kaum dengan yang lain.

    Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee berkata, ia sebaliknya harus menjadi titik tolak dalam usaha kita mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini.

    Menurutnya, ini kerana perpaduan dalam kepelbagaian adalah asas kepada keharmonian kaum di Sarawak selama ini, yang harus kita pelihara dan pertahankan sampai bila-bila.

    “Setiap kaum di negeri ini harus bersatu padu untuk mengekal dan mempertahankan keharmonian yang sedia ada ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Pertandingan Silat dan Upacara Penyampaian Hadiah Pertandingan Silat Keris Naga Kilat dan Piala Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Padang Merdeka, petang semalam.

    Antara persembahan silat daripada peserta pertandingan (Foto : OKSH)
    Antara persembahan silat daripada peserta pertandingan (Foto : OKSH)

    Dr Annuar berkata, penyertaan anak-anak muda dalam memartabatkan warisan seni seperi silat Melayu juga wajar dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi.

    “Usaha memupuk semangat cintakan warisan seni harus bermula dari awal iaitu di peringkat sekolah rendah lagi melalui aktiviti bersesuaian untuk mereka sertai.

    “Saya percaya menerusi penyertaan seni silat misalannya akan memastikan disiplin anak-anak berada pada tahap tinggi,” katanya.

    Beliau memuji usaha Persatuan Kesenian Dan Warisan Melayu Kuching (KEWARISMA) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai semangat juang tinggi dalam menghidupkan kembali kegemilangan warisan seni budaya Melayu di negeri ini sempena Temasya OKSHE 2019.

    Katanya, kejayaan temasya ini adalah komitmen bersama semua pihak ke arah menyemarakkan warisan budaya dan melahirkan modal insan berdisiplin serta memiliki jati diri.

    Dalam Pertandingan Silat Keris Naga Kilat, bagi kategori Masal, peserta dari Perguruan Silat Hailam Laut muncul johan diikuti Naib Johan Perguruan Silat Nilam Sari B dan tempat ketiga Perguruan Silat Selendang Abadi.

    Sementara itu, peserta dari Perguruan Silat Nilam Sari B muncul juara bagi kategori Ganda, naib johan dimenangi Perguruan Silat Betawi dan tempat ketiga dimenangi Perguruan Silat Siantong Asli.

    Hadir sama, Pengerusi Bersama Temasya OKSHE 2019, Abdul Yakup Norshen dan Pengerusi Perguruan Angkatan Gerak Hati 12, Mohd Abdul Rahman Adenan.

    Antara persembahan silat daripada peserta pertandingan (Foto : OKSH)
    Antara persembahan silat daripada peserta pertandingan (Foto : OKSH)

    Sumber : JB, OKSH

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...