KUCHING, 28 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 1 Oktober 2021 ini dengan menilai risiko serta mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN bagi Zon Selatan.
JPBN dalam satu kenyataan memberitahu, walaupun keputusan peralihan fasa telah dimuktamadkan namun aktiviti merentas daerah di dalam negeri masih memerlukan permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain beberapa sektor ekonomi dan sosial lain turut dibuka dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (KPTPS).
Selain itu, sektor sukan dan pelancongan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) turut dibenarkan beroperasi seperti pusat gimnasium, premis studio, kolam renang dan pusat-pusat pelancongan serta produk pelancongan. Manakala sektor lain masih lagi tidak tibenarkan beroperasi sehingga diberitahu.