More
    Home Dunia Sarawak teroka potensi jalin kerjasama dengan industri utama dalam rangkaian telekomunikasi di...

    Sarawak teroka potensi jalin kerjasama dengan industri utama dalam rangkaian telekomunikasi di MWC 2023

    BARCELONA, 28 FEBRUARI 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak sedia meneroka peluang untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pemain industri utama dalam rangkaian telekomunikasi pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2023 yang akan diadakan bermula 4 hingga 6 Oktober ini di Kuching.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, pada masa yang sama Kerajaan Sarawak turut menjemput pemaian industri telekomunikasi untuk menyertai kongres itu nanti.

    Beliau menyampaikan ucapan jemputan tersebut dalam ucapan beliau semasa majlis makan tengah hari anjuran Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) di Barcelona, Sepanyol pada Ahad.

    Dalam pada itu, Julaihi turut berkongsi perjalanan pendigitalan Sarawak serta bagaimana Sarawak menerima transformasi digital dengan mengutamakan kelestarian.

    “Di samping itu, seiring dengan proses pendigitalan ekonomi Sarawak, kita turut menekankan kepentingan kemajuan transformasi penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi serta pembangunan ekosistem inovasi yang akan menyokong agenda digital Sarawak,” jelasnya yang kini mengetuai deligasi Sarawak ke Kongres Dunia Mudah Alih 2023 (MWC23) di sana.

    Datuk Julaihi memberi ucapan dan berkongsi perjalanan Sarawak ke arah pendigitalan ekonomi semasa majlis makan tengah hari bersama SDEC di Sepanyol.

    MWC23 adalah merupakan acara terbesar dan paling berpengaruh untuk sektor ketersambungan dan komunikasi mudah alih yang disertai lebih 60 pemain industri utama dari seluruh dunia yang akan mengetengahkan isu-isu berkaitan inovasi digital dan teknologi.

    Antara pemain industri antarabangsa yang dibentangkan pada acara itu ialah ZTE Corporation, Baicells Technologies, SES Satellites, Whale Cloud, Erisson, AirSpan Networks, Huawei Technologies dan lain-lain.

    Delegasi dari Malaysia yang turut hadir sama ialah kedua-dua Timbalan Menteri; Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian; Jafri Lias dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC; Sudarnoto Osman.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...