More
    Home Sarawak Betong Sarawak sentiasa berjaga-jaga kekang penularan Covid-19 dari luar

    Sarawak sentiasa berjaga-jaga kekang penularan Covid-19 dari luar

    BETONG, 25 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Negeri Sarawak kini sedang berjaga-jaga bagi mengekang sebarang kemungkinan berlakunya jangkita wabak Covid-19 dari luar.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, walaupun negeri Sarawak sekarang tidak menunjukkan sebarang penularan jangkitan tempatan namun harus berwaspada kerana dikelilingi negeri dan negara yang masih mencatatkan kes tertinggi wabak itu.

    Beliau yang juga Pngerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menjelaskan kekhuatiran itu timbul susulan ramai rakyat Sarawak turut terlibat dengan kempen politik Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah selain penguatkuasa dari negeri ini juga turut ditugaskan bagi membantu kelancaran PRN berkenaan.

    Berucap pada Majlis Penghargaan Pesara dan Bakal Pesara JKR Sarawak Tahun 2020 di Betong hari ini, beliau turut mencadangkan agar pesara yang berminat untuk meluangkan masa menceburi bidang pertanian moden menggunakan teknik fertigasi.

    Datuk Amar bergambar bersama pesara dan bakal pesara JKR

    Tambahnya, di masa sekarang makin ramai pesara kerajaan menceburi bidang ini kerana sistem berkenaan lebih menggunakan ‘Internet Of Thing’ yang meminimumkan penggunaan tenaga manusia.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...