More
    Home Sarawak Bintulu Sarawak mampu mengeluarkan bekalan gas metanol ke pasaran terbuka menjelang tahun 2024

    Sarawak mampu mengeluarkan bekalan gas metanol ke pasaran terbuka menjelang tahun 2024

    BINTULU, 01 FEBRUARI 2023 (SNN): Sarawak bakal mengeluarkan gas metanol untuk dieksport kepada pasaran terbuka bermula awal tahun 2024 ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu hal ini disebabkan Bintulu yang merupakan kawasan penting bagi ekonomi Malaysia dan Sarawak akan memiliki loji metanol yang kedua.

    “Pihak institusi kewangan mempunyai keyakinan dalam industri hiliran gas Sarawak dan oleh sebab itu, mereka ingin melabur dalam pembinaan loji yang kedua.” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja ke loji metanol Sarawak Petchem Sdn Bhd pada Selasa.

    YAB Premier Sarawak melawat sendiri loji metanol kedua yang sedang rancak dibina.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memaklumkan bahawa Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah menemui 10 kawasan metanol di Malaysia dan lapan daripadanya di Sarawak.

    Tambahnya, Bintulu akan menjadi hab petrokimia dan akan dibangunkan secara peringkat mengikut kemahuan pelabur.

    Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada pihak Sarawak Petchem tentang percubaan saluran gas metanol pada bulan April ini.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak; Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Infrastruktur & Pembangunan Pelabuhan Sarawak II; Dato Majang Renggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum; Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Jepak; Datuk Talib Zulpilip, ADUN Tanjung Batu; Johnny Pang Leong Ming, Pengerusi Sarawak Petchem Sdn Bhd; Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husein, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Residen Bahagian Bintulu; Nyurak Keti.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...