More
    Home Sarawak Kuching SAMAhaul ke-74, memperingati pejuang Melayu Sarawak; Rosli Dhoby dan Rukun 13

    SAMAhaul ke-74, memperingati pejuang Melayu Sarawak; Rosli Dhoby dan Rukun 13

    KUCHING, 02 MAC 2024 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Majlis SAMAhaul ke-74, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13 bertempat di Masjid Al-Abyad Taman, Matang Jaya, Kuching pada Jumaat.

    AKYBMS dalam kenyataan memberitahu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Pengurus Besar AKBYMS, Datu Dr. Hj Sanib bin Hj Said sekaligus menyampaikan tazkirah ringkas.

    Dalam ucapan beliau, Datu Dr. Sanib memberi penekanan pentingnya keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang mana setiap tindakan, perbuatan harus diniatkan sepenuhnya kepada Allah SWT dan juga harus bersandarkan kepada keimanan kepada Allah SWT dan Rasulnya.

    Beliau turut mengingatkan agar semangat dan contoh pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh as-Syahid Rosli Dhoby dan Tiga Rakan Rukun 13 dalam menjunjung seruan syahid mempertahankan tanah air daripada anasir kuasa asing harus diambil contoh dalam semua pihak terutama masyarakat Melayu Islam.

    Tegasnya lagi, selagi AKYBMS masih wujud dan berdiri teguh, perjuangan tersebut akan tetap diteruskan dan menjadi teras utama sebagai pembela nasib masyarakat Melayu Sarawak.

    Datu Pengurus Besar AKYBMS bersama ahli jemaah lain bersama-sama membacakan Surah Yassin sempena SAMAhaul ke-74-foto AKYBMS

    “Kisah perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tesis saya semasa saya menuntut di Universiti Malaya.” katanya.

    Sebagai usaha mengenang dan memperingati jerih-perih perjuangan nasionalisme Melayu, AKYBMS mengambil inisiatif telah mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil khas buat para syuhada kepada Allahyarham Rosli bin Dhoby, Allahyarham Morshidi bin Sidek, Allahyarham Awang Ramli Amit bin Awang Matsaruddin, dan Allahyarham Bujang bin Suntong. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan kedamaian serta rahmat daripada Allah SWT.

    Turut hadir sama meraikan majlis Tuan Haji Joni Bin Nuruddin; Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ustaz Abdullah Saifurrahmaan Bin Suudi; Imam 1 Merangkap Pengurus Masjid, Pejabat Pentadbiran Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Wanita Helwa, Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya, kakitangan AKYBMS dan jemaah dan kariah.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    0
    KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2025: Masyarakat Islam di Sarawak perlu mempertahankan prinsip agama yang menjadi tiang utama kemakmuran manusia bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian...