More
    Home Sarawak Betong Saberkas terus aktif galakkan belia aktif dalam bersukan dan kekal sihat

    Saberkas terus aktif galakkan belia aktif dalam bersukan dan kekal sihat

    KABONG, 01 JANUARI 2021 (SNN) : Persatuan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) teruskan misi untuk mendekati serta memberi galakan kepada golongan belia di Sarawak ini agar kekal aktif serta sihat dalam bersukan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sukan.

    Baru-baru ini Saberkas Cawangan Kabong menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Tertutup yang melibatkan belia di kawasan berkenaan bagi tujuan menggalakkan mereka kekal aktif secara sihat dalam bersukan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, Saberkas memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

    “Melalui penganjuran seperti inilah hubungan baik antara peserta dan mereka yang turut terlibat sama dapat dijalinkan secara tidak langsung itu dapat mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni,” katanya ketika berucap semasa menghadiri Majlis Perasmian Sukan Saberkas (KASUS) Saberkas Cawangan Kabong pada Rabu.

    Dalam majlis yang sama, Mohd Chee Kadir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Saberkas Cawangan Kabong bagi tujuan melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti lain selepas ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...