More
    Home Remaja lemas di Sungai Giam Ditemui

    Remaja lemas di Sungai Giam Ditemui

    PADAWAN, 04 MAC 2021 (SNN) : Remaja perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Giam Lama, Padawan pada petang semalam berjaya ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum tenggelam.

    Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna dan berpakaian lengkap berbaju lengan panjang bewarna hitam serta tiada kesan kecederaan.

    “Pada hari kejadian mangsa Rachel Standly, 13, dikatakan bersama ibu dan dua lagi ahli keluarga datang dari Tabuan Jaya untuk berkelah di tepi sungai berkenaan namun tidak lama selepas itu ibu mangsa melihat mangsa terjatuh ke dalam sungai dan terus tenggelam.

    “Bertindak pantas bagi menyelamatkan mangsa, ibu kepada mangsa meminta bantuan orang kampung untuk mencari dan menyelamat namun tidak berjaya sebelum menghubungi pihak bomba dan penyelamat,” kata beliau ketika dihubungi media.

    Tambah Lim, misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pihak bomba bersama polis dibantu oleh RELA dan penduduk Kampung Gilam Lama.

    Misi mencari di atas permukaan dilakukan oleh pihak bomba

    Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum mengerahkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dibantu Unit Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Batu Lintang bagi mencari dan menyelamat mangsa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...