More
    Home Projek pintu air sungai dilanjutkan elak air melimpah ke kampung

    Projek pintu air sungai dilanjutkan elak air melimpah ke kampung

    LINGGA, 30 OKTOBER 2020 (SNN) : Projek pintu air Mak Wan, Lingga akan diteruskan bagi memastikan fenomena air pasang besar tidak melimpah masuk ke dalam kawasan kampung.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, peruntukan RTP 2020 yang berjumlah RM100,000 bagi meneruskan projek pembinaan pintu air tersebut tidak mencukupi berikutan kos sebenar adalah berjumlah RM350,000.

    Tambahnya, semasa lawatan dijalankan bagi melihat punca kelewatan pembinaan projek tersebut beliau menjelaskan dana pembinaan adalah tidak mencukupi dan akan berusaha mencari dana tambahan sebanyak RM250,000 bagi memastikan projek itu siap.

    Simoi Peri mendengar penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab menguruskan projek tersebut

    Ujarnya, pembinaan itu penting memastikan keselesaan penduduk di kawasan itu ekoran sering mengadu berlaku banjir atau air naik ke dalam rumah setiap kali berlaku fenomena air pasang besar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...