PUSA, 18 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Medan Selera di Kampung Pusa yang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap dibina dan digunakan untuk penjaja atau peniaga tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, tapak pembinaan medan selera tersebut dicadangkan bagi membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan harian penduduk tempatan di situ terutama dalam mempromosikan produk jualan mereka.
Projek bernilai RM600,00 itu terletak berhampiran dengan Jambatan Sungai Rimbas dan ianya sangat strategik kerana mudah dilihat oleh pengunjung yang datang ke pekan Pusa dan ini membolehkan mereka yang berniaga dapat meningkatkan hasil jualan kelak.
Tambah beliau, dalam jangka masa panjang pihaknya dalm perancangan untuk membangunkan Pusa sebagai pekan dan pengeluar produk makanan tempatan lebih-lebih lagi kawasan itu terkenal dengan pengeluar gula apong(nipah) dan juga tepung sagu sejak dahulu lagi.-SUMBER UKAS.