More
    Home Lain-lain Projek benteng kawasan Sebuyau atasi masalah fenomena air pasang besar

    Projek benteng kawasan Sebuyau atasi masalah fenomena air pasang besar

    SEBUYAU, 29 NOVEMBER 2020 (SNN) : Berikutan fenomena air pasang besar sering menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan termasuklah Sebuyau dan Simunjan, Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) telah meluluskan projek pembinaan benteng dan membaiki di Sebuyau dan Simunjan.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek dengan jumlah dana peruntukan RM500 juta itu akan memberi kemudahan kepada rakyat dalam mendepani cabaran fenomena air pasang besar yang sering melanda kawasan itu.

    “Bagi projek di Sebuyau sahaja yang bermula dari kawasan Kampung Bajong hingga ke Sebuyau sudah menelan kos sebanyak RM375 juta,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Hilir Baru, Sebuyau pada Sabtu.

    Majlis turut disertai oleh pemimpin-pemimpin peringkat kampung

    Tambahnya, bagi projek membaiki benteng di Simunjan yang musnah akibat air deras semasa fenomena air pasang besar yang lalu akan dilanjutkan dengan kadar yang segera.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...