More
    Home Sarawak Kuching Premier Sarawak sempurnakan pelancaran Makmal Makmal Tenaga Hijau, Precision & Discipline Agriculture...

    Premier Sarawak sempurnakan pelancaran Makmal Makmal Tenaga Hijau, Precision & Discipline Agriculture Testbed CENTEX

    KUCHING, 12 JANUARI 2022 (SNN): Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan pelancaran Makmal Tenaga Hijau dan Precision & Discipline Agriculture Testbed di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) pada Rabu.

    Di Makmal Tenaga Hijau tersebut, beliau berpeluang menyaksikan kemudahan terkini yang tersedia untuk kegunaan latihan dan juga sebagai tempat ujian.

    Antara latihan yang ditawarkan adalah Program ‘Green Hydrogen’, ‘Smart Solar PV’ dan ‘Green Mobility & Storage’.

    Premier Sarawak (tengah) menyempurnakan simbolik pelancaran Makmal Hijau di CENTEX pada Rabu.

    Sejurus selepas itu, beliau melancarkan Precision & Discipline Agriculture Testbed yang direka khusus oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan disokong oleh Netafim Solution.

    Ia mempamerkan teknologi digital termaju dalam pertanian dan operasi perladangan moden yang dioptimumkan secara digital.

    Latihan dan program berkaitan akan diuruskan oleh CENTEXS dan ia juga digunakan sebagai rujukan bagi industri pertanian moden lain dan pekebun kecil.

    Hadir sama ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 Datuk Dr. Annuar Rapaee, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien serta Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...