More
    Home Sarawak Samarahan PPV UNIMAS catat 5,000 penerima vaksin dalam tempoh sehari

    PPV UNIMAS catat 5,000 penerima vaksin dalam tempoh sehari

    KOTA SAMARAHAN, 19 JUN 2021 (SNN) : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan 5,000 orang penerima vaksin dalam masa sehari sejak dibuka pendaftaran vaksin seminggu lalu.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Prof. dr Sim Kui Hian berkata, Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan di PPV UNIMAS berkenaan menjadi pusat vaksinasi mega hanya dalam tempoh seminggu.

    “Kita tidak menyangka bahawa PPV UNIMAS boleh menjadi pusat vaksinasi mega di Sarawak yang hanya mencapai pendaftaran penerima sebanyak 5,000 orang dalam tempoh sehari.

    “Pada awal pembukaan PPV berkenaan jumlah pendaftar agak sedikit dan tidak menyangka akan menaik dengan cepat dalam tempoh sehari dan ini adalah usaha yang luar biasa sesuai dengan krisis dihadapi pada masa kini,” kata beliau dalam hantaran Facebook milik beliau baru-baru ini.

    Dr. Sim turut merakamkan penghargaan atas usaha sukarelawan dan kepimpinan Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi yang telah menjayakan program ini serta menjadikannya program vaksinasi terbesar di negeri Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...