More
    Home Polis buru Amir dalang kes rompak di Matang baru-baru ini

    Polis buru Amir dalang kes rompak di Matang baru-baru ini

    PADAWAN, 08 APRIL 2021 (SNN) : Pihak polis masih memburu seorang suspek lelaki yang dikenali sebagai Amir yang menjadi dalang utama kes rompakan bersenjata di Matang baru-baru ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superitendan Lim Jaw Shyong berkata, berdasarkan laporan yang dibuat Amir bersama tiga lagi rakan suspek telah merompak sebuah rumah di Taman Juta Ria, Jalan Matang pada 3 April lalu.

    “Setakat ini pihak polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Padawan telah berjaya menangkap tiga rakan suspek di kediaman masing-masing pada jam 1.15 petang pada hari yang sama laporan dibuat.

    “Dua suspek yang bekerja sebagai mekanik bengkel dan penganggur ditangkap di kediaman Blok 7 RPR Magang, Taman Sri Makmur, Batu 6 Jalan Matang masing-masing berusia 22 dan 25 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau. Manakala seorang lagi ditangkap pada 4 April di kediaman Block B, Level 4, Taman Suria Jaya, Padawan pada jam 1.18 pagi,” kata satu kenyataan itu.

    Ketiga-tiga suspek mengaku bersalah terbabit dalam kejadian itu bersama seorang lagi seorang suspek yang masih bebas bernama Amir.

    Tambah beliau, semasa kejadian, dikatakan seorang lelaki berumur 20 tahun yang bekerja mengubahsuai rumah sedang berehat di dalam rumah berkenaan manakala pemiliknya tiada situ sebelum didatangi oleh tiga orang lelaki dengan membawa senjata tajam.

    “Suspek kemudian menyerbu masuk dan berjaya membawa lari barang-barang milik mangsa seperti telefon bimbit, motosikal milik mangsa termasuklah alat gerudi serta dokumen peribadi mangsa,” ujarnya.

    Sehubungan itu, Lim menegaskan agar orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kelibat suspek bernama Amir diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...