More
    Home Pilihan Raya negeri berlangsung pada 6 Jun 2021 mengikut Perlembagaan

    Pilihan Raya negeri berlangsung pada 6 Jun 2021 mengikut Perlembagaan

    KUCHING, 06 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pilihan Raya Negeri ke-12 mesti dilaksanakan dalam masa 60 hari selepas tempoh lanjutan Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat pada 6 Jun 2021.

    Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, keputusan itu tidak dapat dielakkan walaupun negara masih diancam pandemik Covid-19.

    “Perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tamatnya tempoh DUN ini adalah pada 6 Jun 2021 akan tetapi lanjutan akan dibuat selama 60 hari mengikut Klausa 4, Artikel 21.

    “Selepas tamat tempoh itu, pilihan raya terpaksa juga dilaksanakan kerana itu adalah mandatori secara Perlembagaan,” katanya ketika sidang media di Kompleks DUN, semalam.

    Asfia menunjukkan Artikel Perlembagaan yang menjelaskan tempoh tamat DUN dan pilihan raya wajib dilaksana.

    Ujarnya, jangka masa lima tahun selepas persidangan pertama DUN pada 7 Jun 2016 lalu akan menggenapkan tarikh 6 Jun 2021 sebagai tarikh untuk mengadakan PRN-12 bagi negeri ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...