More
    Home Sarawak Kuching PETROS main peranan besar dalam usaha kerajaan negeri bina rangkaian dan hala...

    PETROS main peranan besar dalam usaha kerajaan negeri bina rangkaian dan hala tuju gas di Sarawak

    KUCHING, 22 APRIL 2024 (SNN): Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kini memainkan peranan besar dalam menjayakan misi Kerajaan Sarawak meluaskan dan meningkatkan rangkaian gas Sarawak menerusi pelan hala tuju gas Sarawak.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, PETROS kini mempunyai peranan yang jauh lebih besar berbanding sebelum ini terutama dalam melibatkan perluasan rangkaian gas di negeri Sarawak.

    Katanya, gas merupakan sebahagian sumber yang turut boleh digunapakai dalam menjana tenaga elektrik seperti pembinaan combine cycle gas turbine (CCGT) yang terdapat di Miri yang dibangunkan oleh PETROS di mana ia mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 500 Megawatt.

    “Seperti yang ada di Miri, Kerajaan negeri melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) turut berhasrat akan membina CCGT menggunakan gas sebagai menjana kuasa elektrik yang mampu menghasilkan elektrik sebanyak 1,500MW.

    “Dalam masa yang sama, PETROS turut akan terlibat dalam proses perolehan penyimpanan, pengedaran dan penetapan harga yang bukan sahaja nantinya untuk kegunaan domestik malah untuk keperluan pelabur dari luar serta pemerolehan kuasa,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi di bawahnya di BCCK, pada Ahad.

    Dato Sri Julaihi bersama tetamu kehormat merakam gambar bersama anak-anak PERYATIM

    Tambah beliau, pelantikan PETROS sebagai pengagregat gas sejak 1 Februari lalu membolehkan badan berkenaan melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah digariskan di bawah Ordinan Rang Undang-Undang 2023.

    “MUT dengan kerjasama PETROS juga telah mengadakan sesi libat urus bersama 32 pemain industri bagi memberi kebenaran dan menyelesaikan isu-isu berkaitan dan ini merupakan sebahagian daripada ‘follow up’ kepada surat bertulis yang telah dihantar kepada mereka.

    “Melalui pendekatan ini, semua mereka yang terlibat sama dalam urusan-urusan berkaitan telah faham dan memberikan respon yang positif,” katanya lagi.

    Dalam majlis tersebut, Dato Sri Julaihi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 75 anak-anak Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Kuching.

    Turut hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang serta Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...