LAWAS, 24 DISEMBER 2020 (SNN) : Petronas melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hulur bantuan keperluan makanan kepada 103 penerima yang kurang bernasib baik di Daerah Lawas pada Selasa.
Timbalan Menteri ii Pembangunan Luar Bandar, Dato Henry Sum Agong berkata, sumbangan yang disampaikan itu sudah tentu dapat meringankan beban yang ditanggung penerima lebih-lebih lagi hampir tiba perayaan Krismas.
“Bagi pihak kami mengucapkan terima kasih kepada wakil Petronas yang telah menghulurkan bantuan kepada warga Lawas dan telah memilih Lawas bagi melaksanakan program CSR kali ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan CSR Petronas Sempena Hari Krismas di Dewan Serbaguna, Kampung Long Tuma.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada setiap gereja di Daerah Lawas untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan.
Turut hadir sama Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Temenggong Kading Silo, Setiausaha Majlis Daerah Lawas Zulkifli Sahari, Penghulu Davies Parag Udan, wakil Petronas Maxwell Davies Parag, Pengurus Kisok Petronas Lawas Josephine Sum dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dearh Lawas.-Sumber Ukas.