More
    Home Sarawak Samarahan Penunggang motosikal maut rempuh lori rosak di tepi jalan

    Penunggang motosikal maut rempuh lori rosak di tepi jalan

    KOTA SAMARAHAN, 19 JUN 2021 (SNN) : Seorang penunggang motosikal dipercayai maut selepas terlibat dalam satu kemalangan merempuh bahagian belakang lori mengangkut sawit yang ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Ensengei, di sini, semalam.

    Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superitenden Alexson Naga Chabu beliau menjelaskan, kejadian yang berlaku sekitar jam 7.47 malam semalam itu berpunca apabila mangsa, Muhammad Nazri Mahli, 22 tahun, sedang menunggang motosikal dari arah Kota Samarahan menuju ke Simunjan untuk pulang ke rumah merempuh bahagian belakang sebuah lori dengan muatan sawit yang rosak di tepi jalan.

    Impak daripada rempuhan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan daripada Pusat Jantung Negara (IJN) Samarahan.

    Difahamkan lori yang rosak terbabit ditinggalkan tanpa dijaga oleh sesiapa sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan. Tinjauan pihak polis ke lokasi juga mendapati tidak ada sebarang penanda bagi menunjukkan ada kenderaan rosak di tepi jalan diletakkan di situ.

    Lori dengan muatan sawit tidak diletakkan penanda menjadi punca mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori tertabit

    Jelasnya, ketika kejadian keadaan jalan raya juga gelap dan tiada lampu di sepanjang jalan. Mayat mangsa di bawa oleh pihak polis untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi siasatan lanjut.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...