More
    Home Penghantar makanan maut bertembung dengan kereta

    Penghantar makanan maut bertembung dengan kereta

    KUCHING, 04 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang penghantar makanan ‘Food Panda’ maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bamfylde, sekitar jam 5 petang semalam.

    Menurut ASTO 03 Angkatan Petahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching, LKPL (PA) Khairuddin Jamle berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 5.43 petang.

    “Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di bahu jalan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang sudah tiba di lokasi berkenaan.

    “Mangsa, Mohd Audi Zikry Abdul Rahman, 20 tahun, dikatakan berasal dari Jalan Datuk Ajibah Abol dan baru bekerja sebagai penghantar makanan dengan syarikat Food Panda,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siatat.

    Motosikal Mangsa bertembung dengan sebuah kereta ketika bergerak dari arah Batu Lintang

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...