More
    Home Sarawak Mukah Penerbangan pertama MH3553 ke Lapangan Terbang Baharu Mukah hari ini

    Penerbangan pertama MH3553 ke Lapangan Terbang Baharu Mukah hari ini

    MUKAH, 17 JUN 2021 (SNN) : Hari ini menjadi sejarah bermakna buat penduduk Bahagian Mukah selepas Lapangan Terbang yang baharu serta serba moden itu mula berpoperasi secara rasmi hari ini dengan simbolik penerbangan komersial pertama dari Lapangan Terbang Miri.

    Penerbangan yang dikendalikan pleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH 3553 yang berlrpas dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 8 pagi tadi itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada pukul 9.10 pagi. Seterusnya, penerbangan kedua pula berlepas daripada Mukah pada jam 9.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) yang mendarat pada jam 10.15 pagi tadi.

    Kredit Info grafik:Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

    Lapangan Terbang baharu Mukah yang menelan kos sebanyak RM360 juta itu akan dapat mendaratkan pesawat jenis ATR berbanding hanya Twin Otter sebelum ini. Difahamkan keluasan lapangan terbang baharu ini mempunyai landasan sepanjang 1,500 meter dengan lebar 30 meter.

    Lapangan Terbang Mukah itu juga urut dilengkapi dengan bangunan terminal dengan keluasan 3,500 meter persegi, Stesen Bomba dan Penyelamat kategori 5 di lapangan, Menara Kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kuarters (Kelas D, E & F) serta Stesen Meteorologi Malaysia.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...