More
    Home Sarawak Mukah Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi

    Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi

    MUKAH, 16 JUN 2021 (SNN) : Seorang kanak-kanak lelaki di khuatiri lemas ketika mandi di Sungai Mukah belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Ingkerbai, Selangau pagi semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sg. Merah ke lokasi.

    Sejurus tiba, pasukan bomba mengaktifkan misi pencarian menggunakan kaedah permukaan air di sekitar lokasi mangsa dilaporkan lemas. Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Sg. Merah turut dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi penyelaman.

    Namun, setakat jam 6 petang semalam misi mencari dan menyelamat mangsa, Muhamad Danish Muhamad Zamrie, 8 tahun, masih belum dijumpai. Operasi SAR akan disambung semula pada pagi ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...