Penduduk kampung kini tarik nafas lega, projek bekalan air bersih siap- Ketua Menteri

0
296
Abang Zohari hadir dalam lawatan ke tapak projek bekalan air bersih di Senageh, Simunjan.

SIMUNJAN, 09 JULAI 2020 (SNN) : Penduduk kawasan luar bandar khususnya kawasan Simunjan, Kampung Sebangan dan sekitarnya kini boleh menarik nafas lega selepas Ketua Menteri umumkan projek bekalan air bersih siap. Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM500 juta bagi projek menaiktaraf bekalan air bersih di sekitar kawasan Kota Samarahan, Gedong, Simunjan, Sebangan hingga ke Sebuyau.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata projek tersebut dijangka siap pada akhir tahun 2021. “Ini kerana, kita mendapati bahawa banyak keluhan penduduk di sekitar kawasan Simunjan, Sebuyau dan juga Kampung Sebangan berkenaan masalah air di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas lawatan kerja projek bekalan air Kota Samarahan, di Pusat Khidmat N. 27 Sebuyau di sini hari ini. Tambahnya, pada tiga tahun yang lepas, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk menaik taraf bekalan air di kawasan ini dan kini saluran paip sedang dibina dari Kuching terus ke kawasan Simunjan, Gedong hingga ke Sebuyau.

Gambar : Ketua Menteri (tengah) melakukan acara gimik membuka air menandakan sumber bekalan air bersih siap.

“Sehubungan itu, peruntukan yang diberikan ini akan menyelesaikan masalah bekalan air dan penduduk di kawasan ini dapat menggunakan air selama 24 jam,” katanya. Selain itu, dengan adanya bekalan air yang bersih ia dapat merancakkan lagi ekonomi khasnya pertanian kerana memerlukan sumber air yang berterusan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) telah menyediakan peruntukan bagi membina benteng laut di empat kawasan potensi pertanian di bahagian Kita Samarahan.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom,  Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian, Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here