More
    Home Sarawak Samarahan Pembinaan semula Dewan Kampung Lubok Manta, Sebuyau memuaskan-Datuk Julaihi Narawi

    Pembinaan semula Dewan Kampung Lubok Manta, Sebuyau memuaskan-Datuk Julaihi Narawi

    SEBUYAU, 19 MAC 2021 (SNN) : Projek pembinaan semula Dewan Serbaguna Kampung Lubok Manta, Sebuyau setakat ini berjalan lancar dan mengikut jadual pembinaan.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meninjau keadaan projek berkenaan pada Khamis bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar.

    Menurut beliau, projek bina semula dewan berkenaan adalah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Sebuyau yang menelan kos sebanyak RM400,000 dan tinjauan kali ini memperlihatkan kerja-kerja pembinaan di bawah seliaan Syarikat Setia Jaya itu telah hampir siap 30 peratus.

    Datuk Julaihi(tepi kiri) melihat sendiri keadaan tapak projek pada Khamis

    Jelas beliau, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Ogos tahun ini amat memuaskan dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab juga melaksanakan projek mengikut jadual perancangan yang diberikan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...