More
    Home Pembenihan Awan Teknologi Paling Selamat- Abu Bakar Diah

    Pembenihan Awan Teknologi Paling Selamat- Abu Bakar Diah

    KUALA LUMPUR, 17 September 2019 (SNN) – Operasi pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu yang melanda negara pada masa ini tidak membawa kemudaratan malah merupakan satu-satunya teknologi yang ada di Malaysia bagi tujuan itu dan paling selamat.

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, operasi pembenihan awan hanya menggunakan 150 sehingga 200 kilogram garam makanan yang dilarutkan di dalam 1,500 liter air.

    Katanya, teknologi itu tidak membawa sebarang tindak balas kimia kerana air garam tersebut akan disembur ke awan bagi tujuan memberatkan awan tersebut dan menghasilkan hujan.

    “Operasi pembenihan tiada masalah. Air hujan yang turun selamat untuk hidupan tidak kira manusia, tumbuhan mahupun haiwan.

    “Jadi, khabar angin yang tersebar di laman-laman sosial itu semuanya palsu. Itu garam biasa, garam masakan yang boleh dimakan,” katanya.

    Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, kementerian tidak mempunyai masalah untuk melakukan operasi pembenihan awan pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan.

    Menurutnya, kementerian mempunyai peralatan dan peruntukan yang mencukupi serta kapal terbang juga bersedia untuk melakukan operasi tersebut sekiranya keadaan memaksa.

    “Proses ini perlu dilakukan kepada awan yang sesuai dan kebiasaannya jenis ‘towering kumulus’, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembab yang mempunyai kandungan wap air yang tinggi,” katanya.

    “Beliau berharap agar masyarakat tidak lagi bergantung kepada persepsi dan berita-berita yang tidak sahih sebaliknya akan menganalisis data sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...