More
    Home Pemandu lori ditahan cubaan seludup rokok gagal

    Pemandu lori ditahan cubaan seludup rokok gagal

    KUCHING, 19 MEI 2021 (SNN): Cubaan menyeludup rokok tanpa cukai bernilai RM4.462 juta berjaya dipatahkan oleh Pasukan Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak dalam satu Operasi Kontraban pada pagi semalam.

    Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, ACP Shamsol Kassim semasa sidang media berkata, pasukan risikan Marin dalam satu operasi berjaya menahan sebuah lori 21 tan dipercayai membawa muatan rokok tanpa kelulusan Kastam di Jalan Serian-Sri Aman (berhampiran Simpang Gedong) sekitar jam 5.50 pagi selasa.

    “Pemandu lori yang merupakan lelaki warga tempatan (berbangsa Cina) ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen semasa diperiksa oleh pihaknya.

    “Dalam operasi berkenaan sebanyak 575 kotak rokok berjenama dengan nilai RM4.462 juta bersama lori dirampas dan dibawa ke Markas PPM Kuching untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.

    Rampasan yang berjaya dibuat oleh pihak Marin semasa operasi

    Shamsol menambah, pemandu lori berusia 52 tahun berkenaan berkemungkinan tidak mengetahui isi kandungan barangan berkenaan kerana semasa diperiksa pemandu terbabit mempunyai permit rentas daerah/zon dari majikan (syarikat).

    Ujarnya, rokok berkenaan dipercayai dibawa dari Bintulu ke Kuching untuk diedarkan dan dijual di pasaran tempatan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...