More
    Home Sarawak Samarahan Motosikal terbabas seorang lelaki maut

    Motosikal terbabas seorang lelaki maut

    KOTA SAMARAHAN, 12 OGOS 2020 (SNN) : Seorang lelaki dipercayai maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Entingan/Pinang pada jam 6.20 petang semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia 57 tahun dari Kampung Entingan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pergi ke kedai.

    “Dalam perjalan pulang hendak masuk ke simpang rumahnya, dikatakan motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Kuching untuk tindakan lanjut.

    Kes tersebut akan disiasat di bahawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di landasan tepat sebagai peneraju inovasi digital

    0
    BARCELONA, 05 MAC 2025: Kerajaan Sarawak kini berada di landasan yang tepat sebagai peneraju dalam inovasi digital dengan memastikan teknologi pintar terus mendorong pertumbuhan...