More
    Home Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Bangladeshi di Singapura

    Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Bangladeshi di Singapura

    SINGAPURA, 5 JUN 2019 (SNN) –Pada tahun ini saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan bersama saudara-saaudara Bangladeshi di Singapura.  Mereka merupakan salah satu bangsa pekerja asing yang diterima oleh kerajaan Singapura yang terkenal dengan dasar yang sangat ketat.  Bilangan pekerja asing di Singapura kini melebihi jumlah penduduk warga negara sendiri.

    Saya telah tiba di Singapura pada 4 Jun 2019 dengan penerbangan Air Asia dari Kuching bersama dengan keluarga.  Malam tadi saya telah keluar ke Jalan Geylang yang tersohor semenjak dahulu lagi sebagai kawasan penduduk Melayu yang ramai di negara ini. Sekarang telah berubah menjadi moden namum masih gemerlapan dengan lampu neon berwarna-warni dan tetap meriah.

    Masjid Khalid, Jalan Onan

    Pada pagi raya ini saya berjalan kaki ke Masjid Khalid yang berdekatan dengan hotel setelah mencari maklumat dalam Google Map. Tiada masalah mencari masjid untuk beribadah di bandaraya termoden ini.  Apa bila saya tiba di Masjid Khalid ini pada jam 7.45 pagi, masjid telah penuh; para jemaah telah melimpah ke luar dewan solat.  Saya duduk di antara jemaah Bangladeshi.  Malah hampir separuh daripada para jemaah terdiri daripada warga Bangladesh.

    Saya sempat bergambar dengan mereka.  Antaranya adalah saudara. Nasrullah Islam.  Beliau memberitahu bahawa beliau telah lebih dari 10 tahun bekerja di Singapura.  Apabila ditanya apa perasaan beliau pada pagi perayaan ini, katanya, “Sedih kerana tidak bersama dua orang anaknya dan berjauhan dengan saudara-mara yang lain.” Nampaknya beliau keseorangan kerana terus berada di masjid menunaikan solat sunat.

    Sekumpulan jemaah Bangladeshi bergambar di luar masjid. Gambar: SNNN

    Bagaimanapun terdapat juga jemaah Bangladeshi ini yang datang dalam kumpulan yang agak besar.  Mereka kelihatan ceria seperti Zubair, Nasrul dan Nirwan.  Mereka telah berada di Singapura lebih dari 5 tahun. Apa bila ditanya sama ada mereka boleh bercakap dalam Bahasa Melayu, mereka menjawab tidak tahu.  Mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

    Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya satu hari sahaja. Jalan Geylang pagi ini masih lengan dan warung-warung telah mula dibuka.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...