KUCHING (SNN) – Dalam Kenyataan Media petang tadi, 5 Julai 2018, BAHAM mendesak Kerajaan Negeri Sarawak menangguhkan pembentangan rang undang-undang yang bertujuan meminda Sarawak Land Code pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bermula pada hari Isnin, 9 Julai 2018 ini. Datu Dr. Sanib Said, Pengerusi BAHAM, telah membacakan Kenyataan Media sepenuhnya seperti berikut:
- Saya, Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, bercakap sebagai Pengerusi BAHAM (Badan Hak Adat Melayu Sarawak) yang merupakan sebuah organisai gabungan 21 pertubuhan Orang Asal Sarawak iaitu Melayu Sarawak, Kedayan, Vae Segan dan Jati Meriek dan juga pertubuhan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. BAHAM telah ditubuhkan oleh Seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak pada 29 Januari 2018.
- Tujuan Sidang Media hari ini ada 2 perkara:
- Memaklumkan perkembangan dan tindakan BAHAM selepas seminar pada bulan Januari 2018 dan
- Menjelaskan pendirian BAHAM mengenai pindaan pada Sarawak Land Codeyang akan dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bersidang pada 9 Julai 2018, minggu depan.
- Selepas Seminar Hak Adat Melayu Sarawak pada 29 Januari 2018, BAHAM telah mengambil tindakan dan juga terdapat beberapa perkembangan seperti di bawah ini:
- BAHAM telah mengadakan beberapa mesyuarat sejak bulan Februari 2018. Kami berharap masyarakat Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan di seluruh negeri Sarawak akan terus memberi sokongan kepada BAHAM.
- Selepas pertemuan dengan YAB Ketua Menteri pada 31 Januari 2018, BAHAM mendapat maklumat bahawa YAB Ketua Menteri telah melantik dua orang wakil Melayu Sarawak dan seorang Kedayan sebagai ahli Task ForcePMPG yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah. Mereka adalah YB Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pengurusan Projek, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Safri Awang Zaidel, seorang tokoh pendidikan dan mantan penjawat awam yang kemudian pernah menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Pemanca Ali Menudin sebagai wakil Kedayan.
- Pelantikan wakil Melayu Sarawak dalam Task Forceini telah memenuhi satu daripada resolusi Seminar kami dan dengan itu BAHAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Patinggi Abang Johari, Ketua Menteri kita. Di samping itu juga beliau bersetuju untuk mengaktifkan Lembaga Agama Islam dan Adat Melayu Sarawak yang sedia termeteri dalam Ordinan Majlis Islam untuk menjalankan penyelidikan adat resam. Hasilnya akan digubal menjadi undang-undang adat Melayu Sarawak untuk digunapakai dan bahan rujukan, contohnya oleh Mahkamah Bumiputera Sarawak dalam kes tuntutan tanah Hak Adat Bumiputera. Memandangkan kepentingan semasa dan mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat, BAHAM sangat berharap Kerajaan akan mengambil tindakan segera.
- Menganjurkan Seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak di Miri bersama Persatuan Melayu Miri, Persatuan Jati Miriek, Dangsanak Limbang Miri, Persatuan Kedayan Miri, 24 Februari 2018; di Sri Aman bersama Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong, 24 Mac 2018; Betong bersama Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong, 9 April 2018.
- Pertemuan dan perbincangan bersama YBhg. Tan Sri Safri Awang Zaidel pada 27 Februari 2018.
- Menjalin kerjasama dengan sekumpulan peguam Melayu Sarawak mengkaji sejarah dan adat resam untuk menggubal dan menghasilkan sebuah dokumen The Sarawak Malays Stand And Claims On The Native Customary Rights (NCR) Issuespada awal bulan Mei 2018.
- Kunjungan hormat dan pembentangan kepada YB Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pengurusan Projek pada 31 Mei 2018. Beliau telah memaklumkan perkembangan pindaan Sarawak Land Code (SLC). BAHAM pula telah menyerahkan tuntutan Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan seperti di dalam dokumen The Sarawak Malays Stand And Claims On The Native Customary Rights (NCR) Issuesuntuk dipertimbangkan dalam pindaan ordinan berkaitan.
-
BAHAM tidak diberikan draf pindaan atau bill SLC berkatian dengan PMPG. Maklumat berkaitan hanya diperoleh dari deraf yang bocor dan tular dalam media sosial dan Whatsapp.
- Berdasarkan draf pindaan yang bocor itu didapati tuntutan BAHAM tidak diambil kira sepenuhnya. Oleh itu BAHAM berasa tidak sepenuhnya berpuas hati jika pindaan itu dibentangkan dan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada minggu depan.
- BAHAM mengesa pembentangan pindaan SLC berkaitan dengan isu PMPG ditangguhkan kerana Orang Asal Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan belum selesai mendapatkan maklumat dan penerangan dari seluruh negeri Sarawak. Task Forceyang dibentuk oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017 tidak mempunyai wakil Orang Asal Melayu Sarawak, Kedayan, Vae Segan dan Jati Meriek. Task Forcetelah memaklumkan mereka telah bermesyuarat puluhan kali pada tahun 2017 yang hanya melibatkan kumpulan etnik Orang Asal tertentu sahaja. Wakil Melayu pula hanya dilantik setahun kemudian pada bulan Februari 2018. Dalam pada itu BAHAM yang ditubuhkan pada 29 Januari 2018 belum berkesempatan dan berkemampuan untuk mengadakan kajian dan seminar di Bahagian Sibu, Bintulu, Limbang, Sarikei dan Kapit. Oleh yang demikian, adalah tidak adil dan jelas sebagai satu penafian hak Orang Asal Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan dalam proses pindaan SLCini dan bercanggah dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Justeru itu BAHAM mengesa agar pindaan ini ditangguhkan segera dan ditarik balik dari persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada minggu depan.
- Prinsip undang-undang Native Territorial Domain (NTD) walaupun tidak menepati kehendak setiap kaum Orang Asal Sarawak, BAHAM berpendapat prinsip ini bersifat neutral dan global mungkin akan dapat digunakan oleh semua Orang Asal Sarawak.BAHAM berharap NTD memberi ruang untuk kawasan selain tanah dan hutan tetapi juga merangkumi tanah jajahan dan takluk negeri Melayu lama, tebing dan perairan sungai, kawasan pantai, pulau dan lautan serta dengan segala sumber alam di dalamnya.
- BAHAM mendapati bahawa pindaan seperti yang ada dalam salinan bocor tersebut tidak memasukkan tuntutan Orang Asal Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan sepenuhnya. Oleh kerana Hak Adat Bumiputera dalam dunia berlandaskan sejarah dan kebudayaan Orang Asal maka BAHAM menuntut agar sejarah kerajaan Melayu Sarawak seperti Negeri Santubong, Negeri Kalaka, Negeri Saribas, Negeri Malano, Negeri Samarahan, Negeri Sadong dan Negeri Baram lama sebelum Zaman Kesultanan Melayu Brunei dan Zaman Dinasti Brooke yang telah menjadi hak semulajadi dan mestilah dilindungi dan diserahkan semula kepada mereka. BAHAM mempunyai bukti-bukti bertulis dan manuskrip, buku-buku, kubur dan tumbuhan sama ada di darat mahu pun di sungai, pantai dan laut yang membuktikan sejarah Melayu Sarawak telah bermula semenjak tahun 600M lagi.
- BAHAM menuntut hak adat bumiputera Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan berlandaskan prinsip undang-undang dan perlembagaan rights to sovereigntyseperti yang dilaksanakan di Kanada untuk bumiputera First Nationsyang diberikan kawasan self-government, hak tulin di Zaman Kesultanan Brunei dan sumpah setia Dinasti Brooke untuk menghormati adat dan agama warga Melayu Sarawak sebagai pemegang amanah untuk dilaksanakan oleh pemerintah Koloni British dan kemudian Malaysia. Hak ini harus juga diberikan ruang dalam SLC tanpa menggugat undang-undang negeri dan struktur perlembagaan yang sedia ada.
- BAHAM menyeru semua wakli rakyat Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek dan Vae Segan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak membangkitkan untuk menyampaikan suara rakyat ini untuk tuntutan hak adat bumiputera sebagai Orang Asal dalam persidangan Dewan Undangan Negeri akan bermula pada 9 Julai 2018 harus ditangguhkan.
- BAHAM menyeru agar semua pihak, khususnya semua Orang Asal Sarawak atau bumiputera Sarawak tidak mempolitikan isu ini tetapi memikirkan tentang kebajikan dan masa depan kita hidup dalam aman dan tenteram.Semua Orang Asal Sarawak mempunyai hak adat bumiputera yang sama rata dan BAHAM menyeru semua pihak menghormati sejarah, kebudayaan dan agama masing-masing.
- BAHAM percaya Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari akan dapat menangani isu ini dengan adil dan saksama.