More
    Home Lain-lain Masyarakat kawasan Telang Usan hadir terima pembayaran BPN, BSH dan BKSS

    Masyarakat kawasan Telang Usan hadir terima pembayaran BPN, BSH dan BKSS

    LONG LAMA, 12 JULAI 2020 (SNN) : Kira-kira lebih 2,000 orang penduduk di kawasan Telang Usan yang tidak mempunyai akaun bank hadir di Dewan Serbaguna Long Lama bagi menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

    Inisiatif dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perbendaharaan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional ini dibuat bagi memudahkan pembayaran kepada penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun bank melalui bayaran tunai secara kaunter.

    Gambar: suasana penyerahan bantuan secara tunai kepada penerima-penerima bantuan.-Sumber Ukas

    Perkhidmatan ini disediakan kepada masyarakat yang mempunyai nama sebagai penerima bantuan dan merupakan pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga.

    Lebih kurang 2,525 penerima mendapat manfaat daripada pembukaan kaunter tersebut dengan menerima wang bantuan secara terus melalui pembukaan kaunter.-Sumber Ukas.Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...