More
    Home Sarawak Betong Masyarakat di Daerah Pusa harus bekerjasama membendung penularan wabak Covid-19 di kawasan...

    Masyarakat di Daerah Pusa harus bekerjasama membendung penularan wabak Covid-19 di kawasan itu-ADUN Beting Maro

    PUSA, 25 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Situasi penularan wabak Covid-19 di Daerah Pusa sejak tercetusnya Kluster Bungey 2 beberapa bulan yang lalu telah banyak memberi kesan ke atas aktiviti ekonomi serta kesihatan penduduk sehingga mencatat lebih seribu kes setakat ini dan beberapa orang telah maut akibat jangkitan wabak berkenaan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor dalam satu kenyataan berkata, situasi wabak itu di Pusa sekarang makin membimbangkan dengan peningkatan jumlah kes positif selain mencatatkan 14 kematian setakat Jumaat.

    “Sehubungan itu, penduduk di kawasan Pusa digesa agar terus memberi kerjasama bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dengan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

    Tambah beliau, bagi penduduk yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif diminta untuk tampil datang ke Klinik Kesihatan berdekatan secara sukarela supaya status kesihatan mereka dapat dikenalpasti dan mereka yang positif dapat dirawat dengan segera daripada menjangkiti individu lain.

    Jelas beliau, orang awam diminta untuk mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti bebas lebih-lebih lagi tanpa pematuhan SOP dan penjarakan sosial disamping menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup muka di tempat awam. Dalam masa yang sama, beliau meminta agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Tuai Rumah beri kerjasama menasihati penduduk kampung agar menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...